Pada 7 September 2016, ceramah konservasi oleh Cik Radziah, wakil dari GEC telah dijalankan untuk memberikan pendedahan dan kesedaran tentang penggunaan dan penjimatan air. Kumpulan sasaran adalah semua pelajar Tingkatan 2, ahli kelab Geografi dan Alam Sekitar serta Dr. H20. Ceramah diadakan di Bilik APD SMK Dato Jaafar.
Selain dari ceramah, sesi permainan dan perbincangan mengenai kepentingan memelihara air juga telah dijalankan. Semua pelajar memberikan kerjasama yang baik.
Permainan dam ular yang menarik. Pelajar diberikan soalan-soalan yang berkaitan dengan konservasi dan kepentingan air.
Sesi brain storming mengenai kepentingan usaha pemeliharaan sumber air. Pelajar perlu menghasilkan peta minda mengenai tajuk yang diberikan,
Hasil kerja pelajar berkenaan pemeliharaan sumber air
Terima kasih diucapkan kepada wakil dari GEC atas usaha murni untuk mendidik generasi tentang kepentingan menjaga sumber-sumber alam semulajadi.
Trivia menarik dari ceramah:
- Tahukah anda negeri Johor mencatatkan penggunaan air yang paling tinggi berbanding negeri lain di Malaysia iaitu sebanyak 200000++ liter setahun?
- Singapura sedang dalam usaha untuk mengurangkan penggunaan air di negara mereka dan hampir mencapai sasaran.
No comments:
Post a Comment