Thursday, 29 September 2016

Second Water Audit

On 26 September 2016, the second water audit has been conducted by Dr. H20s in SDJ. The aim of the second audit is to identify if there's any reduction in water usage after few water conservation iniatiatives  took place in our school, whether it's physical or awareness.

So far, we have done:
  • Sand water bottle trick for flush tank
  • Installing water saving gadgets at canteen
  • Installing the second rain water harvesting tank at surau
  • Installing water recycle system at canteen
  • Water conservation awareness campaign


Calculating the water usage at the school canteen. Based on our calculation in first water audit before we install the water saving gadjet, 1 L water is used per person to wash his hand. After the installation of the gadget, the average usage is reduced from 1 L to 0.4 L per use. What a result! 

So we do know that the water saving gadget is an effective way to significantly reduce our water consumption, hence our water bill. 


Apart from canteen, we also did water audit at several places like Science lab, field, toilet, garden and also surau. Most of the place showed a promising result. There is a reduction of water usage compared to the first water audit We can take it as result of the awareness already there inside the students' mind. 

We hope that this awareness can stay in our life and hopefully everyone can do their part to spread the awareness. Remember, even the smallest thing counts. 


All in all, the second water audit is a success. We had fun and we learn something. Thank you and see you again in the next activity.

Save water, spread the awareness!






Tuesday, 20 September 2016

Kompilasi Sajak Air oleh Jaafarian

Pertandingan mengarang sajak telah dijalankan di bawah program Konservasi Air. Berikut adalah antara hasil nukilan sajak-sajak terbaik yang dikarang oleh pelajar SDJ

Air Oh Air - Muhamad Nabil bin Lazam (4SNT)

Air oh air,
Kaulah sumber kehidupan abadi,
Sejak kecil kami menggunakan kau,
Engkau juga mendatangkan kebaikan dan keburukan.

Air air air,
Kau juga penawar penyakit,
Kami boleh hidup tanpa makanan,
Tetapi tidak tanpamu air.

Air oh air,
Bumi ini kian kekeringan,
Akibat kebodohan kami manusia,
Janganlah kita bazirkan air,
Kerana air sumber kehidupan

Air - Muhammad Ikmal (4SI2)

Air oh air,
Siapa yang tidak mengenalimu,
Kaulah sumber utama di alam semesta,

Sekiranya badanku kotor terkena najis.
Aku membersihkannya menggunakanmu.
Sekiranya aku kehausan,
Akanku basahi tekakku dengan titisanmu,

Air oh air,
Kaulah yang membawa kesenangan,
Namun kadang kau jua membawa kesusahan.



Wednesday, 14 September 2016

Ceramah Konservasi Air




Pada 7 September 2016, ceramah konservasi oleh Cik Radziah, wakil dari GEC telah dijalankan untuk memberikan pendedahan dan kesedaran tentang penggunaan dan penjimatan air. Kumpulan sasaran adalah semua pelajar Tingkatan 2, ahli kelab Geografi dan Alam Sekitar serta Dr. H20. Ceramah diadakan di Bilik APD SMK Dato Jaafar. 



Selain dari ceramah, sesi permainan dan perbincangan mengenai kepentingan memelihara air juga telah dijalankan. Semua pelajar memberikan kerjasama yang baik.


Permainan dam ular yang menarik. Pelajar diberikan soalan-soalan yang berkaitan dengan konservasi dan kepentingan air.


Sesi brain storming mengenai kepentingan usaha pemeliharaan  sumber air. Pelajar perlu menghasilkan peta minda mengenai tajuk yang diberikan,




Hasil kerja pelajar berkenaan pemeliharaan sumber air


Terima kasih diucapkan kepada wakil dari GEC atas usaha murni untuk mendidik generasi tentang kepentingan menjaga sumber-sumber alam semulajadi.

Trivia menarik dari ceramah:

  • Tahukah anda negeri Johor mencatatkan penggunaan air yang paling tinggi berbanding negeri lain di Malaysia iaitu sebanyak 200000++ liter setahun?
  • Singapura sedang dalam usaha untuk mengurangkan penggunaan air di negara mereka dan hampir mencapai sasaran. 
Jika penduduk Singapura boleh, mengapa tidak kita? Apakah langkah yang bijak untuk mengurangkan jumlah penggunaan air?