Setiap hari kita menggunakan berliter-liter air untuk kegunaan seharian. Pernahkah kita terfikir ke manakah sisa air yang telah kita gunakan itu pergi? Mari kita tonton video ini. Semoga kita mendapat sesuatu yang bermanfaat
Sewaktu lawatan kami ke loji kumbahan air Indah Water di Skudai, kami telah dibawa ke tangki rawatan air. Air kumbahan yang dikumpul dalam tangki, berbau busuk dan mempunyai banyak benda asing. Kami melihat sendiri bagaimana air tersebut diproses dan dirawat dan hasil akhirnya, air yang disalurkan semula ke sungai tidak berbau dan jernih. Menarik, bukan?
Tidak semua orang berpeluang menyaksikan proses ini secara live di hadapan mata. Oleh itu, kami ingin berkongsi maklumat kepada semua. Mari kita tonton video proses rawatan air kumbahan.
Tahukah anda, setiap hari pekerja-pekerja di loji Indah Water menghadapi risiko demi memastikan air kumbahan yang diterima dirawat agar boleh disalurkan semula ke sungai? Di sini kami ingin berkongsi maklumat mengenai risiko yang mereka hadapi setiap hari.
Oleh itu, marilah kita mensyukuri nikmat kurniaan Tuhan yang telah diberikan kepada kita. Hargai air, sayangi sungai kita.
No comments:
Post a Comment